PRU15: BN diramal memenangi PRU15 - EIU

LABUAN, 17 Nov -- Seorang petugas media sedang bertugas pada program ceramah Barisan Nasional (BN) sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Kampung Sungai Miri hari ini.
Rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab untuk mengundi pada Sabtu ini.
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
LABUAN, 17 Nov -- Seorang petugas media sedang bertugas pada program ceramah Barisan Nasional (BN) sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Kampung Sungai Miri hari ini. Rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab untuk mengundi pada Sabtu ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

SHAH ALAM - Bahagian penyelidikan dan analisis Economist Group berpangkalan di United Kingdom, The Economist Intelligence Unit (EIU) meramalkan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Memetik laporan DagangNews, pakar ekonomi utamanya, Fung Siu berkata, pihaknya turut menjangkakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan turut dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun katanya, gabungan yang diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu diramal gagal memperoleh majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan.

“Ini berkemungkinan membawa kerajaan campuran lain yang terdiri daripada BN dan parti-parti bercanggah yang lebih kecil,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Fung Siu lagi, penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun di bawah inisiatif Undi18 tidak mungkin mengubah corak pengundian umum, namun pengundi akan kembali kepada keutamaan berasaskan kaum.

Inisiatif Undi18, bersama dengan pendaftaran pemilih automatik membawa kepada anggaran 6.23 juta pemilih barut berdaftar untuk PRU15.

Kira-kira 21 juta pengundi berdaftar di negara ini akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Sabtu bagi memilih wakil rakyat dan kerajaan yang bakal mentadbir negara selepas ini.

Artikel Berkaitan: