Nelydia Senrose mahu buka kedai emas

Pelakon, Nelydia Senrose
Pelakon, Nelydia Senrose
A
A
A

"SAYA nak buka kedai emas," kata pelakon Nelydia yang bakal melancarkan kedainya itu dalam masa terdekat ini.

Menurut Nik Zaris Nelydia Nik Sen atau lebih dikenali Nelydia Senrose, 24, sejak kecil lagi dia suka dengan emas dan benda-benda yang berkilauan.

Oleh sebab itu, apabila berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan dia memilih untuk membuka kedai emas.

"Kedai itu nanti saya ada pelbagai termasuklah batu permata dan berlian.

"Sekarang ini saya tengah belajar reka cincin, gelang dan rantai," ujarnya kepada Sinar Harian.

Nelydia yang ditemui pada pertunjukan fesyen Starvilion Balik Raya 2019 Starvilion di Royal Palace, Shah Alam, memberitahu, dia berasa beruntung dan bersyukur kerana mempunyai suami seorang yang disifatkan sebagai penyelamat.

"Dia seorang yang pandai baca kontrak dan buat quotation, itu kemahiran dia.

Artikel Berkaitan:

"Apa sahaja yang saya ingin lakukan, dia akan berikan sokongan apatah lagi untuk bidang bisnes," katanya.

Untuk rekod, anak jati kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini selamat diijab kabul bersama ahli perniagaan, Hafez Halimi Abdul Hamid, 35 pada 5 April 2019.