[VIDEO] Larkin Sentral sesak, orang ramai mula balik mengundi

Keadaan di Larkin Sentral dipenuhi orang ramai yang menaiki pengangkutan awam ke destinasi masing-masing untuk pulang mengundi.
Keadaan di Larkin Sentral dipenuhi orang ramai yang menaiki pengangkutan awam ke destinasi masing-masing untuk pulang mengundi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral di sini, sesak dan dipenuhi orang ramai yang memilih menggunakan kenderaan awam bas untuk pulang ke destinasi masing-masing bagi menjalankan tanggungjawab mengundi, pada Sabtu.

Tinjauan dilakukan Sinar Harian di Larkin Sentral pada Jumaat, mendapati kawasan menunggu di beberapa pintu berlepas dan kaunter jualan tiket mula sesak sejak pagi.

Peniaga, Ummi Kalthom Muharam, 38 berkata, menaiki bas lebih selesa berbanding memandu sendiri untuk pulang mengundi di Shah Alam, Selangor.

UMMi KHALTOM
UMMi KHALTOM

Ibu kepada tiga orang anak ini bersyukur kerana sempat membeli tiket bas, dua hari lalu.

"Saya dan suami tinggal di Johor Bahru, suami mengundi di sini, saya pula undi di Shah Alam. Saya akan tinggal di rumah ibu saya di Shah Alam sepanjang berada di sana sehingga Isnin ini.

"Mengundi ada tanggungjawab rakyat Malaysia. Pada hari mengundi, buktikan kita menunaikan kewajipan kepada negara dan jangan malas," katanya.

Warga emas, Zainah Madizat, 70, memberitahu tiket untuk pulang mengundi di Lembah Pantai, Kuala Lumpur ditempah pada minggu lepas.

Artikel Berkaitan:

ZAINAH
ZAINAH

Katanya, semangat untuk pulang mengundi cukup berkobar-kobar di dalam dirinya kerana tidak pernah sekali pun terlepas daripada menunaikan tanggungjawab membuang undi setiap kali pilihan raya.

"Saya pulang bersama suami Ahmed Ibrahim, 80 menaiki bas dari Larkin Sentral, jam 10 pagi pada Jumaat. Di Lembah Pantai saya akan tinggal di rumah anak.

"Naik bas lebih rehat dan selesa untuk saya dan suami kerana perlu tempuh perjalanan lebih kurang tiga jam," katanya.

Zainah yang merupakan pesara turut menasihatkan orang muda agar keluar mengundi dalam menentukan kepimpinan negara untuk masa depan.

Noraziana Mohammad 26, memberitahu dia pulang menaiki bas untuk mengundi di Batu Kurau, Perak.

ROZIANA
ROZIANA

"Saya tempah tiket sejak bulan lepas untuk pulang mengundi di Perak. Suami pula mengundi di Johor.

"Walaupun masih muda tetapi saya tidak mahu ketinggalan menunaikan tanggungjawab kepada negara," katanya.