PRU15: Covid-19 didik rakyat jadi barisan hadapan

Dr Muhamad Akmal menjadi tetamu undangan Program Last Lap bertajuk 'Merealisasi Transformasi Sistem Kesihatan Negara' yang dihoskan Kamarul Bahrin Haron pada Khamis.
Dr Muhamad Akmal menjadi tetamu undangan Program Last Lap bertajuk 'Merealisasi Transformasi Sistem Kesihatan Negara' yang dihoskan Kamarul Bahrin Haron pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Pandemik Covid-19 memberi impak perubahan kepada sistem kesihatan negara bahawa setiap individu mempunyai tanggungjawab sebagai barisan hadapan untuk diri sendiri dalam soal menjaga kesihatan.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, berdasarkan apa yang berlaku ketika itu, sektor kesihatan Malaysia tidak boleh bergantung kepada kakitangan kesihatan sahaja.

"Maksudnya dah tiba masa kita melatih rakyat pentingnya menjaga kesihatan, bagaimana mereka sendiri menjadi barisan hadapan untuk diri sendiri dengan membuat saringan kesihatan sendiri.

"Rakyat kita perlu dididik bagaimana menjaga kesihatan dan akhirnya kita boleh lihat bagaimana rakyat Malaysia ini belajar dengan cepat membentuk sistem kesihatan itu bukan hanya dengan Kementerian Kesihatan tetapi daripada pelbagai agensi dan juga rakyat.

"Jadi kita lihat ada perubahan untuk berikan impak positif kepada sektor kesihatan kita," katanya menerusi Program Last Lap bertajuk 'Merealisasi Transformasi Sistem Kesihatan Negara' yang dihoskan Kamarul Bahrin Haron pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam usaha melakukan transformasi sistem kesihatan di negara ini, kemudahan untuk rakyat perlu dinaik taraf.

Sekali gus beliau menyambut baik ikrar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu memberi perhatian terhadap Kertas Putih Kesihatan negara.

"Saya bersetuju jika beliau mendapat mandat semula, dan melihat Kertas Putih kerana ia penting untuk lihat secara terperinci masalah sistem kesihatan. Walaupun sektor kesihatan kita antara yang terbaik, masih ada kelemahan yang boleh dibaiki," katanya.

Artikel Berkaitan: