PRU15: 290 laporan, 23 kertas siasatan dibuka

Arjunaidi
Arjunaidi
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 290 laporan berhubung kesalahan semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diterima Polis Selangor sejak hari pertama kempen pada 5 November hingga Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 23 kertas siasatan telah dibuka manakala seramai lima individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh terbabit.

"Pada Rabu, sebanyak 38 laporan diterima dan empat kertas siasatan baru dibuka di Selangor.

"Pada masa sama, sebanyak 112 ceramah dan 124 kempen berpermit telah diadakan pada Rabu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Arjunaidi berkata, keseluruhannya permit ceramah yang dikeluarkan di Selangor adalah sebanyak 3,167 sepanjang tempoh kempen terbabit.

Beliau berkata, pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan setiap ceramah atau kempen yang dianjurkan oleh semua pihak adalah mematuhi undang yang ditetapkan.

"Elakkan daripada membuat sebarang yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: