Kartunis Boy PJ terbit single Jom Balik

Boy PJ - Foto Abdul Razak Idris 
Boy PJ - Foto Abdul Razak Idris 
A
A
A

KARTUNIS Majalah Gila-Gila yang pernah popular dengan lagu Balada Cinta Romeo bersama GG Group, Boy PJ kembali mewarnai dunia seni suara tanah air dengan menerbitkan album single bertajuk Jom Balik.

Menurut Boy PJ, lirik dan lagu bersifat satira isu semasa tersebut adalah ciptaan beliau sendiri dengan rakaman studio dan susunan muzik dilakukan oleh Cikgu Shaimie dari Teluk Intan, Perak.

"Saya merakamkan lagu Jom Balik selama dua hari. Lagu ini sudah mendapat kelulusan Unit Rakam Khanah RTM pada 15 Februari lalu.

"Kini, lagu ini kerap berkumandang di radio Perak FM dan Nasional FM.

"Sambutan amat menggalakkan kerana isu yang dipaparkan seperti masalah peladang kelapa sawit dan masalah sosial merupakan isu semasa yang hangat hari ini," katanya ketika ditemui di Shah Alam baru-baru ini.

Foto Abdul Razak Idris 
Foto Abdul Razak Idris 

Mengulas mengenai lagu tersebut, Boy PJ berkata, pemilihan judul Jom Balik adalah kerana ia merupakan frasa biasa kehidupan masyarakat pada hari ini.

'Sebagai contoh, jika anak-anak leka bermain, orang tuanya akan panggil jom balik. Begitu juga isteri yang leka membeli-belah apabila suami lama tunggu dalam kereta, dia akan WhatsApp isteri dengan ayat jom balik," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Selain dari terus berkarya di Majalah Gila-Gila, beliau kini aktif menghasilkan lukisan karikatur sepenuh masa di bandar kelahirannya, Teluk Intan.