Kempen pilihan raya aman di Perak

Mohd Yusri
Mohd Yusri
A
A
A

IPOH - Suasana kempen pilihan raya yang masuk hari ke-13 pada Khamis berlangsung aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kempen semua parti terlibat berjalan lancar dan tidak melibatkan kejadian yang menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

"Polis mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong dan calon yang bertanding kerana telah memberi kerjasama baik kepada pasukan keselamatan sehingga hari ini.

"Selepas tamat tempoh kempen pada 18 November jam 11.59 malam, polis akan menumpukan kepada keselamatan dan ketenteraman sepanjang proses mengundi," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, seramai 7,217 pegawai dan anggota polis diatur gerak ke lokasi pengundian seluruh negeri pada Sabtu ini bagi memastikan keselamatan proses mengundi berjalan lancar.

Katanya, tugas berkenaan juga dibantu 254 sukarelawan simpanan polis dan 1,603 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

"Polis mengharapkan semua pihak kekal mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa," katanya.

Setakat Khamis, Polis Perak telah menerima 226 laporan membabitkan pelbagai kesalahan dalam tempoh berkempen.

Artikel Berkaitan:

Daripada jumlah itu, 22 kertas siasatan telah dibuka dan lima tangkapan telah dibuat.