PM arah semua agensi berkaitan siap sedia hadapi bencana

Ismail Sabri (tengah) ketika sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Dataran Kerayong hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri (tengah) ketika sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Dataran Kerayong hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

BERA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua agensi berkaitan bencana dan keselamatan serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri serta daerah telah diarah supaya bersiap sedia menghadapi banjir termasuk banjir kilat seperti yang dihadapi beberapa negeri malam tadi.

"Arahan telah dikeluarkan kepada agensi terlibat termasuk polis dan bomba, malah semua jawatankuasa pengurusan bencana negeri dan daerah telah diaktifkan.

"Misalnya yang berlaku di kawasan Shah Alam, Selangor... saya risau perkara sama berulang seperti di (Taman) Sri Muda (kejadian banjir sebelum ini).

"Saya berharap agensi dan jawatankuasa pengurusan bencana negeri serta daerah sudah bersedia," kata beliau kepada pemberita pada program Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Daratan Kerayong di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohammed Sadique.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kejadian banjir yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Lembah Klang dan Selangor, Melaka, Kelantan serta Johor, susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Mengenai program Semarak Uniti Keluarga Malaysia itu, Ismail Sabri berkata, program itu antara usaha kerajaan untuk menerapkan nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

Beliau berkata, semua aktiviti yang dianjurkan pada program itu melibatkan pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum dan umur bukan hanya menyuburkan kesepaduan setiap ahli Keluarga Malaysia, malah mempamerkan kepelbagaian budaya di Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: