PRU15: Mahu wujudkan bandar baharu di Simpang Raya

Syed Abu Hussin Hafiz
Syed Abu Hussin Hafiz
A
A
A

BUKIT GANTANG – Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mahu mewujudkan bandar baharu di Simpang Raya jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, bandar itu akan menempatkan sebuah sekolah khas bernilai RM74 juta dan pembangunan bercampur dalam usaha memajukan kawasan berkenaan.

“Kita jangka dalam tempoh lima tahun sebuah bandar baharu akan menjadi kenyataan di Simpang,” katanya dalam sidang media pada Program Jelajah Prihatin Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Bersama Nelayan Sungai Tinggi di Jeti LKIM Kuala Terong dekat sini.

Syed Abu Hussin berkata, selain memajukan agrotourism, rumah rakit dan industri ternakan kerang serta ketam akan menjadi tarikan kepada pelancong.

“Kita juga akan menganjurkan pesta durian di Bukit Gantang dan sport-tourism, motorcross dan Kelab Bolasepak Bukit Gantang FC untuk membangunkan kawasan ini.

Beliau dalam pada itu berkata, rakyat di Bukit Gantang kecewa kerana lebih 20 kampung terdedah dengan banjir.

Syed Abu Hussin berkata, jika dipilih pada PRU15 ini, masalah banjir akan diatasi dengan memohon membesarkan takungan air dan membersihkan parit yang tidak dibersihkan.

Artikel Berkaitan: