Muda umum tidak bertanding PRK Pulai, DUN Simpang Jeram

Kenyataan Muda umum tidak bertanding PRK Pulai dan DUN Simpang Jeram.
Kenyataan Muda umum tidak bertanding PRK Pulai dan DUN Simpang Jeram.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Biro politik Muda dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, keputusan tersebut dibuat bagi menghormati penyandang kedua-dua kerusi berkenaan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang banyak berjasa kepada rakan dan negara tercinta.

"Muda mengucapkan selamat maju jaya kepada yang bertanding, khususnya dari parti Amanah. Semoga legasi Allahyarham dapat diteruskan," katanya.

PRK di kedua-dua kerusi berkenaan diadakan susulan kematian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

SPR telah menetapkan hari penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos ini.

Pengundian awal pula pada 5 September dan hari pengundian 9 September.

Artikel Berkaitan: