PRU15: 2,053 anggota polis bertugas di 31 Parlimen Sarawak

Antara anggota polis yang digerakkan ke 31 kawasan Parlimen Sarawak. Foto Ihsan Polis Sarawak.
Antara anggota polis yang digerakkan ke 31 kawasan Parlimen Sarawak. Foto Ihsan Polis Sarawak.
A
A
A

KUCHING - Seramai 2,053 anggota polis digerakkan ke 31 kawasan Parlimen di seluruh Sarawak bagi memastikan hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini berjalan lancar.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, semua anggota yang bertolak pagi ini akan ditempatkan di 28 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di kawasan-kawasan berkenaan.

Katanya, mereka juga akan diberikan taklimat oleh Ketua Polis Daerah berhubung penugasan selain ditugaskan sebagai petugas PRU15 di seluruh daerah di Sarawak.

“Sementara selebihnya akan bertugas di formasi masing-masing manakala semua petugas perlu berada seawal tiga hari sebelum hari kejadian iaitu pada 19 November 2022," katanya pada pelancaran Flag Off Bantuan Sumber Manusia di IPK Sarawak, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut Azman berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 1,272 pegawai rendah polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion ke-11, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching, dan Pasukan Polis Marin (PPM).

Tambah beliau lagi, perancangan dan pengurusan sumber manusia yang baik oleh semua peringkat akan melancarkan penugasan yang bakal dilaksanakan nanti.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua anggota yang terlibat supaya melengkapkan diri sepenuhnya dari segi mental dan fizikal serta pengetahuan undang-undang sebagai bekalan menjalankan tugasan di lapangan.

"Pegawai dan anggota juga diingatkan agar mengekalkan tahap kesihatan semaksimumnya serta mempamerkan tahap disiplin yang tinggi semasa menjalankan tugas," katanya.

Artikel Berkaitan: