Sabah bentang Bajet 2023 pada 25 November ini

Dewan Undangan Negeri Sabah.
Dewan Undangan Negeri Sabah.
A
A
A
KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah dijadual membentangkan Bajet 2023 pada 25 November ini dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dijadual berlangsung selama lima hari.

Kenyataan DUN Sabah memberitahu Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga (Bajet Negeri) DUN Sabah Ke-16 itu menyaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Menteri Kewangan negeri dijadual membentangkan bajet tersebut.

"Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga akan dimulakan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) oleh YAB Menteri Kewangan (Hajiji) pada 25 November jam 3 petang," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Persidangan itu kemudian akan disambung pada 10 pagi, 28 November dan dijadual berakhir pada 1 Disember. - Bernama

Artikel Berkaitan: