Hujan lebat punca banglo dihempap tanah runtuh

Kejadian tanah runtuh di belakang sebuah rumah banglo di Taman Halaman di sini, pada Selasa.
Kejadian tanah runtuh di belakang sebuah rumah banglo di Taman Halaman di sini, pada Selasa.
A
A
A

AMPANG - Hujan lebat berterusan menyebabkan kejadian tanah runtuh sehingga mengakibatkan kerosakan di bahagian dapur sebuah rumah banglo di Taman Halaman di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kes itu pada jam 2.26 pagi.

"Kejadian berlaku melibatkan sebuah rumah banglo lima tingkat, tanah di bahagian belakang rumah berkenaan telah menggelongsor menyebabkan dinding dapur rumah pecah dan dimasuki tanah.

"Kejadian hujan yang berterusan juga menyebabkan air berlumpur mengalir sehingga ke hadapan rumah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohamad Farouk berkata, penghuni rumah tersebut telah berpindah ke rumah lain selepas kejadian tersebut.

"Kita telah membuat kawalan di hadapan rumah itu dengan meletakkan sebuah van balai polis bergerak," katanya.

Beliau berkata, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat turut hadir untuk membuat pemeriksaan serta tindakan awal dengan meletakkan plastik kanvas untuk menutup kawasan tanah di lereng bukit yang terkesan.

"Kejadian ini, tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa," ujarnya.

Artikel Berkaitan: