Ibu tunggal maut kemalangan ketika beli sarapan

Keadaan kereta yang terlibat dengan kemalangan.
Keadaan kereta yang terlibat dengan kemalangan.
A
A
A

DUNGUN - Seorang ibu tunggal maut dalam nahas jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 74.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Tanjung Pagar, pada Selasa.

Dalam kejadian pada jam 8.51 pagi, kenderaan dipandu Safitri Mulyana Mohamad dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Ibu mangsa, Norshikin Mustaffa, 64, berkata, dia berasa tidak sedap hati apabila anaknya tidak pulang selepas keluar membeli sarapan.

"Saya rasa susah hati apabila dia lambat pulang sebelum mendapat tahu dia terbabit dengan kemalangan.

"Anak saya ibu tunggal dan kami tinggal bersama di kampung Gong Pasir," katanya.

Norshikin yang menghidapi penyakit buah pinggang berkata, perubahan pelik Safitri yang banyak berbicara tentang kematian sebelum ini rupanya petanda dia akan pergi meninggalkan semua.

"Semalam (Isnin) dia bawa saya ke hospital untuk jumpa pakar mata dan ketika dalam perjalanan dia cakap tentang mati.

"Dia juga meminta saya halalkan setiap air susu yang diberikan ketika kecil sekiranya sudah meninggal dunia.

Artikel Berkaitan:

Mangsa yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kehilangannya amat dirasai kerana dia yang banyak bantu kehidupan saya tetapi kami reda,"katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Dungun ke Kuala Terengganu, kereta dipandu dipercayai terbabas dan bertembung dengan sebuah lori.

"Sebuah lagi kereta jenis Proton saga yang berada di belakang kenderaan mangsa cuba mengelak tetapi gagal dan berlaku pergeseran.

"Mangsa yang parah tersepit di tempat duduk dan berjaya dikeluarkan sepasukan anggota bomba," katanya