Calon bebas Parlimen Klang tumpu isu rakyat, bawa mesej ‘Peduli Klang’

A
A
A

DEEPAK
DEEPAK

Calon bebas Parlimen P110 Klang, Deepak Jaikishan akan mengetengahkan isu-isu rakyat Klang yang masih lagi belum selesai terutama masalah banjir dan keselamatan.

Ini merupakan antara intipati yang diutarakan di dalam manifestonya iaitu ‘Peduli Klang’ sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Bagi isu banjir, Deepak memberi fokus kepada usaha pencegahan dan pemberian bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa banjir.

Aspek keselamatan yang dinyatakan dalam manifesto adalah langkah bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan yang ada termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan penubuhan skuad polis bantuan bagi memantau sebarang kejadian jenayah di kawasan Klang.

Manifesto ini merangkumi aspek lain iaitu melibatkan Orang Kurang Upaya (OKU), pendidikan, pengekalan nama-nama tempat warisan serta insentif sosial masyarakat.

Deepak merupakan seorang usahawan dalam industri pembangunan hartanah, pelaburan dan pembuatan permaidani dengan pengalaman selama 20 tahun.

Artikel Berkaitan:

Melalui visi dan pandangan jauh beliau terhadap industri permaidani di Malaysia, Deepak memulakan dan berjaya memperoleh kilang pembuatan permaidani terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai Nobel Carpet Sdn Bhd.

Pada tahun 2000, unit pembuatan ini merupakan satu-satunya pengeluar permaidani yang menyemperit benang permaidaninya sendiri.

Di samping itu, pada tahun 2003, Deepak memulakan kilang pembuatan terbesar (Carpet Prima Sdn Bhd) dengan teknologi tenunan terkini di Malaysia yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Rakyat Klang yang mahu bersua muka dan beramah mesra dengan Deepak dialu-alukan hadir dalam acara Makan Malam Mesra Rakyat yang turut dihiburkan oleh penyanyi, Ella di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya pada jam 8 malam ini.

PROFIL:

Nama: Deepak Jaikishan A/L Jaikishan Rewachand

Latar belakang: Merupakan perintis keluarga dalam industri pembangunan hartanah, pelaburan dan pembuatan permaidani dengan pengalaman selama 20 tahun.

Umur: 50 tahun.

Status: Berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Kerjaya: Usahawan perniagaan karpet yang mempunyai kilang pembuatan terbesar iaitu, Carpet Prima Sdn Bhd) di Nilai, Negeri Sembilan.

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

No Image Caption

7 MANIFESTO DEEPAK UNTUK PENGUNDI KLANG

1. Pendidikan Percuma Dari Tadika Sehingga Universiti

Pendidikan percuma untuk semua rakyat Malaysia.

Komputer riba baharu untuk pelajar sekolah rendah sehingga universiti.

Inisiatif ini akan dibiayai oleh program ‘Sayang Malaysia’ melalui dividen daripada Petronas.

2. Perkhidmatan Perubatan Percuma

Khidmat perubatan percuma kepada semua rakyat Malaysia, termasuk penyakit yang tidak dilindungi oleh polisi insurans yang sedia ada.

Inisiatif ini akan dibiayai oleh program ‘Sayang Malaysia’ melalui dividen daripada Petronas.

3. Timbalan Perdana Menteri Daripada Berbilang Bangsa

Tiga Timbalan Perdana Menteri yang akan dilantik dari bangsa Cina, India dan Peribumi dari Sabah atau Sarawak.

4. Prihatin Warga Emas & Pesara termasuk PDRM & Veteran ATM

Pencen minimum RM1,500 selari dengan gaji minimum.

Bonus Khas RM500 untuk setiap perayaan agama di Malaysia.

5. Perkhidmatan Pengangkutan Awam Percuma

Perkhidmatan pengangkutan awam percuma untuk semua pelajar dari sekolah rendah hingga Universiti, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

6. Prihatin Orang Kurang Upaya (OKU)

Pendaftaran automatik untuk semua OKU di dalam pangkalan maklumat Jabatan Kemajuan Masyarakat.

Peruntukan kuota 2% peluang pekerjaan untuk OKU dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang mempunyai lebih daripada 100 kakitangan.

Elaun bulanan tetap RM1,000 untuk OKU sama ada bekerja atau tidak.

7. Pemerkasaan Wanita

Peruntukan 50% untuk wanita dalam kumpulan pengurusan di perkhidmatan awam, sektor korporat, badan kehakiman dan Kabinet.



ADVERTORIAL