Lima ditahan polis kes rusuhan di Tenom

Polis Sabah mengesahkan seramai lima individu ditahan susulan kejadian rusuhan yang berlaku di Tenom pada hari penamaan calon 5 November lalu.
Polis Sabah mengesahkan seramai lima individu ditahan susulan kejadian rusuhan yang berlaku di Tenom pada hari penamaan calon 5 November lalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Polis Sabah mengesahkan seramai lima individu ditahan susulan kejadian rusuhan yang berlaku di Tenom pada hari penamaan calon 5 November lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, polis telah menerima 85 laporan polis dan sebanyak 15 kertas siasatan telah dibuka selain lima tangkapan telah dibuat sepanjang tempoh berkempen.

"Ada berlaku rusuhan di Tenom tempoh hari, ada lima orang kita tangkap jadi mereka telah diberi jamin polis dan sekarang sedang dikemas kini kertas siasatan.

"Lima lelaki ini berusia 18 tahun ke atas. Setakat ini itu saja (tangkapan), di seluruh Sabah kempen berjalan dengan baik dan lancar," katanya kepada pemberita selepas menjalani proses undian awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini pada Selasa.

Beliau dalam pada itu turut memaklumkan sebanyak 3,476 permit ceramah dan kempen telah diluluskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah sepanjang 10 hari tempoh kempen berlangsung.

Idris selepas menunaikan tangungjawab sebagai pengundi pada proses pengundian awal di IPK Sabah, Kota Kinabalu pada Selasa.
Idris selepas menunaikan tangungjawab sebagai pengundi pada proses pengundian awal di IPK Sabah, Kota Kinabalu pada Selasa.

"Sebanyak 520 permit pilihan raya telah diluluskan bagi seluruh kontinjen Sabah dalam tempoh 24 jam dengan jumlah permit tertinggi diluluskan ialah di Lahad Datu iaitu 93 permit.

"Jumlah kumulatif bermula 5 November hingga 14 November (Isnin) adalah sebanyak 3,476 permit telah diluluskan dan hasil pemeriksaan kesemua kempen yang dijalankan mempunyai permit dan tidak melanggar syarat kempen yang telah ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, Idris turut menasihatkan semua calon dan pengundi supaya sentiasa mematuhi garis panduan sepanjang tempoh berkempen sehingga Jumaat ini.