PRU15: Fokus tangani isu banjir di Rantau Panjang

Dr Wan Shah Jihan (kiri) semasa turun padang bertanyakan khabar pada penduduk yang terlibat dengan masalah banjir termenung di Gual Tok Deh, Rantau Panjang pada Selasa.
Dr Wan Shah Jihan (kiri) semasa turun padang bertanyakan khabar pada penduduk yang terlibat dengan masalah banjir termenung di Gual Tok Deh, Rantau Panjang pada Selasa.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Rantau Panjang, Dr Wan Shah Jihan Wan Din meletakkan isu banjir sebagai fokus utama yang mahu diselesaikan jika diangkat sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Dr Wan Shah Jihan atau lebih mesra dengan panggilan Dr Shah berkata, isu tersebut perlu diselesaikan dengan segera kerana ia telah meninggalkan kesan buruk kepada penduduk sehingga ada dalam kalangan mereka kehilangan harta benda.

"Saya melihat beberapa langkah awal yang boleh ambil untuk menyelesaikan masalah ini antaranya membuat saluran air dalam skala lebih besar.

"Hal ini bagi membolehkan aliran air dapat keluar dengan deras sekali gus dapat menyelamatkan kawasan terlibat berdepan dengan banjir besar atau termenung," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Gual Tok Deh di sini pada Selasa.

Menurut beliau, pada masa sama, sebuah sungai buatan perlu diwujudkan bagi mengatasi masalah tersebut sebagai langkah jangka panjang.

Ujarnya, kerja-kerja mendalamkan dan melebarkan laluan air ke Sungai Golok perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah itu.

Dr Wan Shah Jihan berkata, jika perkara tersebut terus dibiarkan tanpa penyelesaian konkrit, dibimbangi ia boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk terutama penularan penyakit bawaan air.

"Jika diberi mandat, saya akan bawa perkara ini ke Parlimen untuk dibahaskan bagi memastikan tekanan dialami rakyat dapat diredakan," katanya.

Artikel Berkaitan: