Kes demam denggi naik 1.3 peratus minggu lepas

Dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu berkenaan. - Gambar hiasan
Dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu berkenaan. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-45 tahun ini (ME45/22) iaitu dari 6 hingga 12 November meningkat sebanyak 22 kes atau 1.3 peratus kepada 1,715 berbanding 1,693 berbanding pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Selasa berkata, dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu berkenaan.

Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 52,977 kes berbanding 22,581 kes bagi tempoh sama 2021 iaitu peningkatan sebanyak 30,396 kes (134.6 peratus),” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, 37 kematian akibat komplikasi denggi turut dilaporkan berbanding 18 kematian bagi tempoh sama pada 2021, iaitu peningkatan sebanyak 19 kematian.

Katanya, jumlah lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME45/22 juga meningkat kepada 68 berbanding 50 pada minggu sebelumnya.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, 38 lokaliti hotspot berada di Selangor, Sabah (18), Kuala Lumpur dan Putrajaya (10) dan Perak serta Sarawak (masing-masing satu).

Mengenai survelan chikungunya katanya, enam kes direkodkan pada ME45/22 dengan tiga kes dari Pulau Pinang, Selangor (dua) dan Perak (satu).

"Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 688 kes,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagi survelan zika, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,800 sampel darah dan 16 sampel urin telah disaring dan hasil kesemuanya adalah negatif. - Bernama