PRU15: Polis buka kertas siasatan sebar kertas undi pos

Ramli
Ramli
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis membuka satu kertas siasatan berhubung paparan kertas undi pos menyokong salah seorang calon yang dimuat naik di Facebook pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, laporan itu dibuat oleh orang awam jam 5 petang.

Menurut beliau, individu terbabit tampil selepas mendakwa melihat satu hantaran dimuat naik di Facebook mengenai penyebaran satu kertas pengundian pos yang sudah ditanda.

Penyebaran kertas undi pos itu mungkin akan menjejaskan atau sedikit sebanyak mengganggu perjalanan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," katanya.

Jelas beliau, polis akan berbincang dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(A)(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998," katanya.

Sehubungan itu, katanya, polis tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menyebar dan mengambil gambar kertas undi di media sosial.

"Orang ramai diminta mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan SPR," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: