PRU15: PN lakukan serangan rambang terhadap UMNO - Ahmad Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
A
A
A

BAGAN DATUK - Perikatan Nasional (PN) melakukan serangan rambang terhadap UMNO, dengan mendakwa parti itu akan bekerjasama dengan gabungan termasuk DAP, dakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mendakwa, serangan itu dibuat adalah kerana harapan PN untuk mewujudkan 'khemah besar' semua pihak tidak tercapai.

"Sebab itu mereka tidak melepaskan tembakan bersasar, mereka melepaskan tembakan secara rawak," katanya selepas majlis Deepavali, di sini pada malam Isnin.

Khemah besar ialah istilah yang digunakan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pakatan semua parti pembangkang menentang BN.

Pada Mac lalu, Ahmad Zahid berkata, UMNO tidak akan membentuk pakatan dengan DAP.

Sementara itu, ketika ditanya bagaimana cara untuk meyakinkan rakyat bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah satu-satunya calon BN untuk jawatan perdana menteri selepas pilihan raya beliau berkata, isu tersebut tertakluk kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, beliau percaya dengan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk memilih perdana menteri akan datang menggunakan kuasanya di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Saya yakin Agong atas kebijaksanaannya, akan menentukan siapa yang akan menjadi perdana menteri sebaik sahaja BN memperoleh majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Zahid turut menepis laporan bahawa jentera pilihan raya UMNO lemah di kawasan tertentu dengan mengatakan sokongan pengundi adalah sama penting.

Beliau yakin bahagian jentera BN yang lemah akan diperkukuh untuk meraih sokongan bukan sahaja daripada ahli parti komponen BN tetapi juga daripada undi atas pagar.