KPN, warga PDRM solat hajat bagi keselamatan petugas PRU15

Acryl Sani (tiga dari kanan) bersama warga Bukit Aman pada majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Doa Selamat Perdana pada Isnin.
Acryl Sani (tiga dari kanan) bersama warga Bukit Aman pada majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Doa Selamat Perdana pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani bersama timbalannya, Tan Sri Razarudin Husain menunaikan solat hajat dan membaca surah Yasin di Bukit Aman pada Isnin bagi mendoakan keselamatan para petugas PDRM menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketibaan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Solat Utama Masjid Bukit Aman pada jam 12 tengah hari itu diiringi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Sri Azri Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Doa Selamat Perdana itu dipimpin oleh Timbalan Pengarah JIPS (Bahagian Agama dan Kaunseling - BAKA) Bukit Aman, Datuk Ghazali Daud serta disertai 300 warga Bukit Aman.

Program kerohanian itu turut diadakan secara serentak di Kontinjen PDRM seluruh negara.

Artikel Berkaitan: