Singapura kecam letupan bom di Istanbul

Orang ramai meletakkan bunga di kawasan letupan bom yang berlaku sehari sebelumnya di Jalan Istiklal di Istanbul, Turki pada Isnin. - Foto EPA
Orang ramai meletakkan bunga di kawasan letupan bom yang berlaku sehari sebelumnya di Jalan Istiklal di Istanbul, Turki pada Isnin. - Foto EPA
A
A
A
SINGAPURA - Singapura mengutuk sekeras-kerasnya insiden letupan bom di Istiklal Street, Istanbul pada Ahad yang mengorbankan enam nyawa dan mencederakan ramai lagi, menurut Kementerian Luar (MFA) republik itu pada Isnin.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera cepat sembuh,” kata jurucakap kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Letupan itu menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang maut manakala 81 lagi cedera.

Kedutaan Singapura di Ankara telah menghubungi warga Singapura di Istanbul yang berdaftar secara elektronik dengan MFA.

"Tiada laporan mengenai rakyat Singapura yang terjejas akibat insiden itu setakat ini,” menurut MFA.
Artikel Berkaitan:


Kementerian itu turut menasihatkan rakyatnya di Turkiye mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau perkembangan terkini kejadian serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan. - Bernama