MetMalaysia keluarkan ramalan cuaca hari mengundi PRU15

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu pada 19 November ini.

Ramalan tersebut merangkumi status cuaca 14 negeri termasuk kawasan Labuan dan Putrajaya pada tarikh berkenaan.

MetMalaysia menerusi siaran di Facebook memaklumkan, bahawa ramalan tersebut boleh didapati di laman web rasmi MetMalaysia iaitu https://www.met.gov.my/info/pru15/.

“Teruskan mengikuti media sosial rasmi dan laman web kami di www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat.

“Jalankan tugas dan penuhi hak anda. Selamat mengundi rakyat Malaysia,” katanya dalam siaran di Facebook pada Isnin.

Pada 20 Oktober, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November tahun ini sebagai Hari Pengundian bagi PRU15 serentak dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) N66 Bugaya.

Artikel Berkaitan: