PRU15: Pembangkang diingat jangan ganggu pengundi tentera

Shaiful Hazizy (duduk empat kiri) ketika mengadakan pertemuan dengan masyarakat India di Taman Bandar Baru PKNK pada Ahad.
Shaiful Hazizy (duduk empat kiri) ketika mengadakan pertemuan dengan masyarakat India di Taman Bandar Baru PKNK pada Ahad.
A
A
A

MERBOK - Pemimpin pembangkang diingatkan tidak mengganggu pengundi tentera membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana diyakini anggota beruniform itu sudah cukup rasional dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BNComms) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyarankan agar Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengganggu pasukan keselamatan dalam membuat keputusan pada PRU15.

Beliau turut menyifatkan dakwaan Anwar bahawa anggota tentera dibayar untuk mengundi adalah suatu penghinaan yang tidak boleh diterima sama sekali.

Saya minta pemimpin pembangkang jangan ganggu pengundi tentera sebab kita yakin bahawa mereka mampu buat keputusan sendiri, tak perlu ada-adakan cerita, tak perlu tohmah dan fitnah..biar mereka mengundi dengan sukarela, aman dan ikut apa yang mereka nak undi.

"Jangan disebabkan dah tak ada modal politik, benda macam ni dijadikan taruhan, bagi saya tidak pernah sama sekali ada imbuhan paksaan untuk anggota tentera mengundi," katanya ketika ditemui bersama masyarakat India di Taman Bandar Baru PKNK di sini, pada Ahad.

Antara yang hadir dalam pertemuan masyarakat India bersama Pengarah Komunikasi BNComms Kedah yang juga calon Parlimen Merbok PRU15, Shaiful Hazizy.
Antara yang hadir dalam pertemuan masyarakat India bersama Pengarah Komunikasi BNComms Kedah yang juga calon Parlimen Merbok PRU15, Shaiful Hazizy.

Beliau yang juga calon Parlimen Merbok menjelaskan, mempunyai kira-kira 4,000 pengundi tentera berdaftar di kawasan itu.

"Dalam Parlimen Merbok sendiri pada 2018 undi tentera merosot, begitu juga di tempat lain, kalau tak silap, di Pokok Sena undi tentera kita (BN) kalah.

Artikel Berkaitan:

"Saya gesa Datuk Seri Anwar mohon maaf dengan kadar segera," katanya.

Sebelum ini, Anwar dalam satu ucapan di Kuala Nerus mendakwa anggota tentera dibayar selain menegaskan mempunyai bukti kukuh mengenai berlaku pengundian awal membabitkan anggota tentera di Bera, Pahang.