PRU15: Tsunami atau badai kecil?

Pemerhati dan penganalisis berbeza pandangan sama ada akan berlaku gelombang tsunami dan penolakan rakyat secara besar-besaran atau tidak terhadap mana-mana gabungan parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemerhati dan penganalisis berbeza pandangan sama ada akan berlaku gelombang tsunami dan penolakan rakyat secara besar-besaran atau tidak terhadap mana-mana gabungan parti politik, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ada dalam kalangan mereka berpandangan biarpun tempoh kempen PRU15 masih berbaki kurang seminggu lagi, namun mungkin tiada tsunami politik atau perubahan besar-besaran corak sokongan pengundi sama ada kepada BN, Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) akan terjadi berbanding tsunami rakyat pada 2018.

Ini kerana penganalisis berpandangan sehingga hari ini tiada isu cukup besar, kuat dan mampu menggugat kestabilan negara hingga menyebabkan berlaku tsunami politik dan menaikkan semangat majoriti 21 juta pengundi untuk bangkit menolak mana-mana gabungan parti.

* Baca laporan penuh 'PRU15: Tsunami atau badai kecil? di Sinar Premium

Artikel Berkaitan: