Air longkang melimpah selepas sejam hujan

Keadaan kawasan kuarters kerajaan Presint 11 A yang dilanda banjir kilat kelihatan tenang selepas banjir surut. - Gambar Bernama (Gambar kecil: Mahathir, Noor Rahman)
Keadaan kawasan kuarters kerajaan Presint 11 A yang dilanda banjir kilat kelihatan tenang selepas banjir surut. - Gambar Bernama (Gambar kecil: Mahathir, Noor Rahman)
A
A
A

PUTRAJAYA - Penduduk di kuaters di Presint 11 A1, di sini panik apabila air longkang mula melimpah selepas hujan lebat selama sejam.

Kontraktor, Mahathir Hasnan berkata, kejadian banjir kilat itu kali pertama berlaku sejak dia tinggal di kediaman berkenaan pada tahun 2014.

"Sekitar jam 3 petang sewaktu hujan lebat, jiran datang mengetuk pintu memberitahu air mula naik, jadi kami semua memindahkan barangan ke tingkat atas," katanya.

Bagaimanapun katanya, air melimpah itu kembali surut dalam tempoh yang singkat.

Hanya satu inci sahaja lagi air nak masuk ke dalam rumah, namun syukur ia tidak terjadi," katanya kepada pemberita.

Seorang penjawat awam, Noor Rahmad Mohd Nordin berkata, banjir kilat kali ini merupakan kali ketiga berlaku sejak dia mendiami kuarters tersebut, 19 tahun lalu.

Mahathir menunjukkan aras air di sekitar rumahnya ketika banjir kilat berlaku susulan hujan lebat selama sejam, petang Ahad. - Gambar Bernama
Mahathir menunjukkan aras air di sekitar rumahnya ketika banjir kilat berlaku susulan hujan lebat selama sejam, petang Ahad. - Gambar Bernama

"Banjir kali ini agak teruk sedikit kerana ada kereta milik jiran dimasuki air," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, kejadian banjir kilat itu turut menarik perhatian jentera parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Putrajaya, Mohd Afizi Zolkifli ketika dihubungi berkata, 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 dikerahkan ke lokasi terjejas di Presint 9, 10 dan 11.

Menurutnya, banjir kilat itu berlaku dengan kedalaman kira-kira 30 sentimeter berpunca daripada laluan air ke longkang yang tersumbat.

"Anggota bertindak membersihkan saluran longkang yang tersumbat oleh daun-daun kering," katanya.