PRU15: BN yakin beri kejutan di Terengganu

Ahmad (kiri) ketika sidang akhbar selepas minum pagi bersama pengundi di DUN Rhu Rendang, di Marang, npada Ahad.
Ahmad (kiri) ketika sidang akhbar selepas minum pagi bersama pengundi di DUN Rhu Rendang, di Marang, npada Ahad.
A
A
A

MARANG - BN yakin mampu memberikan kejutan di Terengganu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini biarpun dijangka berdepan saingan sengit termasuk calon 'heavyweight'.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, parti itu yakin mampu memenangi lebih empat kerusi Parlimen namun tidak menyatakan perincian termasuk kawasan mana yang dijangka mampu dimenangi.

"Empat kerusi itu kita yakin (menang), mungkin ada tambahan lagi tapi itu rahsia. Kalau kita beritahu awal-awal dia (parti lawan) akan keluarkan pitih (duit) pula, dia (mereka) banyak pitih (duit).

"Tunggulah. Mungkin ada kejutan-kejutan yang akan berlaku di Terengganu, insya-ALLAH," katanya kepada pemberita selepas minum pagi bersama pengundi di DUN Rhu Rendang, di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, jentera BN sentiasa bersiap siaga untuk membantu mangsa dan berdepan kemungkinan banjir pada pilihan raya ini.

"Kalau banjir, kita buat (mengundi) cara banjir. Orang Pantai Timur dah biasa cuma orang Pantai Barat je susah hati. Kita dah siap sedia termasuk di kawasan banjir.

"Nak cari alasan boleh cari alasan. Kita bantulah. Selama ini UMNO yang bantu mangsa banjir ni. Orang Pas 'ek' (menunjuk) je. Bawa barang se (satu) hilux, bawa bendera gi (pergi) mari gi (pergi) mari. Kita yang hantar bantuan selama ini,"katanya.

Jelas Ahmad, setiap DUN akan menerima 500 payung untuk kegunaan pengundi termasuk di Pusat Daerah Mengundi (PDM) selain turut menggerakkan aset BN sepanjang tempoh itu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sekolah yang digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir dijangka tidak terjejas walaupun ia turut dijadikan lokasi membuang undi.

"Kita sudah biasa. Dah hujan pun kita sedia payung, kita sediakan kerusi roda dan sebagainya, cuma kita minta pada pengundi kita walaupun hujan, keluar mengundi awal pada hari mengundi.

"Sekolah ada banyak blok. Guna blok-blok yang lain untuk mangsa banjir. Tiada masalah. Dia kalau tak nak buat macam-macam alasan akan diberikan," kata beliau.