Pekerja masih hidup selepas jatuh dalam lubang aluminium panas

Seorang pekerja terjatuh ke dalam lubang aluminium panas di sebuah kilang Switzerland baru-baru ini. - Foto Polis St Gallen
Seorang pekerja terjatuh ke dalam lubang aluminium panas di sebuah kilang Switzerland baru-baru ini. - Foto Polis St Gallen
A
A
A

ZURICH - Seorang pekerja terjatuh ke dalam lubang bulat di atas relau aluminium cair yang panas di sebuah kilang di Switzerland baru-baru ini.

Bagaimanapun, pekerja itu terselamat walaupun dia terjatuh ke dalam lubang tersebut yang diisi dengan aluminium dan mempunyai suhu lebih 720 darjah Celsius.

Kejadian berlaku semasa dia bekerja di sebuah kilang di St Gallen, timur laut Switzerland.

Namun, pekerja berusia 25 tahun itu berjaya menahan kesakitan dan berjaya keluar dari lubang tersebut.

Dua doktor penyelamat udara Switzerland dan anggota-anggota paramedik merawatnya di kilang tersebut.

Dia kemudian dibawa ke sebuah hospital dengan helikopter kerana tubuhnya melecur teruk.

Latar belakang sebenar kemalangan itu sedang disiasat oleh polis bandar St. Gallen. - Agensi

Artikel Berkaitan: