Isu PPR Bukit Belah perlu diselesai segera

Ahmad Jazlan berharap pihak bertanggungjawab menyelesaikan isu pemilikan rumah melibatkan PPR Bukit Belah yang masih belum diselesaikan sehingga kini.
Ahmad Jazlan berharap pihak bertanggungjawab menyelesaikan isu pemilikan rumah melibatkan PPR Bukit Belah yang masih belum diselesaikan sehingga kini.
A
A
A

MACHANG - Pihak bertanggungjawab perlu menyelesaikan isu pemilikan rumah melibatkan Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Belah yang masih belum diselesaikan sehingga kini.

Penyandang Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, dia telah menunaikan janji kepada rakyat di kawasan itu untuk membina PPR bagi membolehkan golongan kurang berkemampuan memiliki rumah sendiri.

“Sepatutnya PPR itu sudah lama diduduki, namun terdapat beberapa perubahan polisi sejak kerajaan bertukar dan diambil alih oleh pihak lain.

Ahmad Jazlan
Ahmad Jazlan

“Yang pasti saya sudah menunaikan janji saya kepada rakyat untuk membina PPR dan selebihnya adalah tugas pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu ini dengan segera.

“Saya juga sudah berhubung dan membuat taklimat mengenai perkara tersebut dan terdapat kelewatan urusan berkaitan dengan kerajaan negeri namun saya tidak mahu ulas dengan lebih lanjut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Walkabout di Pasar Tani Machang di sini.

Tambah beliau, sekiranya bidang itu berada di bawah kuasanya, pasti isu tersebut akan diselesaikan segera kerana ia melibatkan hak rakyat.

“Saya buat PPR itu untuk rakyat sebab saya nak bagi kepada rakyat dan nak memudahkan rakyat, jadi tiada sebab untuk saya tangguh dan ia bukan lagi di bawah bidang kuasa saya,” katanya.

Artikel Berkaitan: