Kemenangan Speedy Tigers suntik semangat hadapi Piala Dunia

Ismail Sabri mengucapkan tahniah kepada Speedy Tigers yang melakar sejarah baharu buat skuad hoki negara. - Foto FB Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri mengucapkan tahniah kepada Speedy Tigers yang melakar sejarah baharu buat skuad hoki negara. - Foto FB Ismail Sabri Yaakob
A
A
A
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya kejayaan pasukan hoki kebangsaan yang memenangi Piala Sultan Azlan Shah 2022 akan memberi suntikan semangat buat skuad hoki negara dalam menghadapi Piala Dunia pada tahun hadapan.

Menerusi hantaran Facebook rasmi beliau pada Jumaat, Perdana Menteri berharap kemenangan bersejarah skuad Speedy Tigers itu dapat membakar semangat para pemain bagi terus melakar kejayaan kepada negara dan seluruh Keluarga Malaysia.

"Tahniah, Speedy Tigers! Lakaran sejarah baharu buat skuad hoki negara. Kemenangan ke atas Korea Selatan menamatkan penantian 39 tahun negara untuk menjulang Piala Sultan Azlan Shah,” menurut hantaran itu.



Pada Khamis, skuad hoki kebangsaan melakar sejarah menjulang Piala Sultan Azlan Shah 2022 buat kali pertama, apabila menewaskan penyandang juara Korea Selatan 3-2 dalam aksi final di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Kemenangan itu menamatkan penantian 39 tahun Speedy Tigers untuk bergelar juara selepas kali terakhir layak ke peringkat akhir pada 2014, namun tumpas kepada Australia 8-3. - Bernama

Artikel Berkaitan: