Banjir Klang: 32 mangsa terjejas dipindah ke PPS

Khidmat Khas Banjir di Taman Setia Warisan Seksyen U6 yang melibatkan 20 rumah terkesan dengan anggaran kedalaman 1 meter. - Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor
Khidmat Khas Banjir di Taman Setia Warisan Seksyen U6 yang melibatkan 20 rumah terkesan dengan anggaran kedalaman 1 meter. - Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor
A
A
A

KLANG - Tujuh keluarga terdiri daripada 32 mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir kilat di sekitar Meru, di sini pada Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, operasi masih dijalankan di lokasi membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, BBP Sungai Pinang dan BBP Klang.

Menurutnya, setakat ini hujan telah reda namun beberapa kawasan telah ditenggelami sedalam 1 meter.

"Setakat jam 8.30 malam tadi, tujuh keluarga membabitkan 32 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Operasi pemindahan penduduk yang terjejas kini masih dijalankan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, operasi itu turut menggunakan aset tiga bot termasuk satu milik pihak berkuasa tempatan (PBT) serta dua buah lori.

Norazam sebelum itu memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.15 petang mengenai kawasan yang terjejas iaitu Jalan Meru 3; Persiaran Hamzah Alang; Jalan Kasban; Jalan Kenangan; Taman Daya; Jalan Khamis; Jalan Jabar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru.

Sementara itu, menerusi data yang dikongsikan Pusat Operasi Smart Selangor (SSOC), tiga PPS telah dibuka di Johan Setia, Meru serta Kampung Budiman, Klang setakat jam 9 malam ini.

Artikel Berkaitan:

Tiga PPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia; SK Sungai Binjai, Meru dan Dewan Orang Ramai Kampung Budiman.

Dalam pada itu, sebanyak 20 rumah di Taman Setia Warisan Seksyen U6 terkesan akibat limpahan air sungai berhampiran susulan hujan lebat.

Sebanyak 20 rumah di Taman Setia Warisan Seksyen U6 terkesan akibat limpahan air sungai berhampiran susulan hujan lebat. - Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor
Sebanyak 20 rumah di Taman Setia Warisan Seksyen U6 terkesan akibat limpahan air sungai berhampiran susulan hujan lebat. - Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor

Turut dinaiki adalah Persiaran Mokhtar Dahari, berdekatan Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam.