Pengalaman pemain sandaran Switzerland di Qatar 2022

Granit Xhaka antara sandaran Yakin apabila Switzerland menyingkap cabaran Piala Dunia 2022 di Qatar pada 24 November ini. - FOTO AFP
Granit Xhaka antara sandaran Yakin apabila Switzerland menyingkap cabaran Piala Dunia 2022 di Qatar pada 24 November ini. - FOTO AFP
A
A
A

SWITZERLAND mempertaruhkan pengalaman pemain apabila menyingkap kempen Piala Dunia 2022 di Qatar, pertengahan November ini.

Malah pengendali Switzerland, Murat Yakin menyandarkan harapan kepada beberapa pemain veteran, termasuk Granit Xhaka dan Xherdan Shaqiri dalam skuad 26 pemain kali ini.

"Ya, ramai pemain telah memberikan persembahan meyakinkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini bagi merebut tempat dalam pasukan kebangsaan.

"Bagaimanapun saya terpaksa menghadkan pasukan kepada 26 nama bagi menggalas cabaran Switzerland di kejohanan bola sepak berprestij dunia ini.

“Saya yakin 26 pemain ini mampu membantu mencapai matlamat pasukan menghasilkan keputusan positif dalam setiap perlawanan," kata Yakin.

Switzerland akan membuka kempen Piala Dunia 2022 di Qatar menentang Cameroon pada 24 November diikuti Brazil dan Serbia dalam Kumpulan G.

SKUAD PIALA DUNIA 2022 SWITZERLAND

PENJAGA GOL: Gregor Kobel, Yann Sommer, Jonas Omlin, Philipp Kohn

Artikel Berkaitan:

PERTAHANAN: Manuel Akanji, Eray Comert, Nico Elvedi, Fabian Schar, Silvan Widmer, Ricardo Rodriguez, Edimilson Fernandes

PEMAIN TENGAH: Michel Aebischer, Xherdan Shaqiri, Renato Steffen, Granit Xhaka, Denis Zakaria, Fabian Frei, Remo Freuler, Noah Okafor, Fabian Rieder, Ardon Jashari

PENYERANG: Breel Embolo, Ruben Vargas, Djibril Sow, Haris Seferovic, Christian Fassnacht