PRU15: Tanah Merah bakal bandar termaju di Kelantan

Ikmal Hisham (dua dari kiri) berbual dengan peniaga di Pasar Borong Tanah Merah
Ikmal Hisham (dua dari kiri) berbual dengan peniaga di Pasar Borong Tanah Merah
A
A
A

TANAH MERAH - Tanah Merah akan menjadi antara bandar termaju di negeri ini sekiranya calon Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon PN, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, rakyat di kawasan itu juga dapat melihat dan menyaksikan kemajuan yang telah dilaksanakan sejak dua penggal beliau menyandang kerusi Parlimen tersebut.

“Sudah dua penggal menjadi wakil di sini dan saya percaya rakyat dapat melihat sendiri perubahan dan kemajuan yang telah dibuat antaranya pembinaan susur jejambat bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar Tanah Merah, pembangunan hospital, institusi pengajian yang sedang dan dalam pembinaan.

“Telah banyak perubahan dilakukan di kawasan ini dan sekiranya diberi peluang lagi, saya berazam untuk menjadikan Tanah Merah sebagai sebuah bandar termaju di Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pasar Borong Tanah Merah, pada Khamis.

Pada PRU14, Ikmal Hisham memenangi kerusi Parlimen Tanah Merah bagi tiket BN dan pada PRU15 beliau bertanding bagi PN.

Beliau yakin bahawa rakyat di kawasan itu percaya dan memberikan sokongan penuh kepadanya untuk terus menyandang kerusi Parlimen Tanah Merah walaupun bertanding bagi parti PN.

“Saya mohon kepada pengundi untuk memberikan peluang bagi penggal ketiga dan akan lakukan yang terbaik berbanding penggal terdahulu,” katanya.

Artikel Berkaitan: