Wales tetap senaraikan Bale walaupun tak cergas

Bale berada dalam senarai 26 pemain yang dipanggil Wales ke Piala Dunia 2022
Bale berada dalam senarai 26 pemain yang dipanggil Wales ke Piala Dunia 2022
A
A
A

PENGURUS Wales, Rob Page tetap akan menyenaraikan Gareth Bale dalam pasukannya yang akan ke Piala Dunia 2022 meskipun pemain itu tidak cergas sepenuhnya.

Menurut Page, disebabkan situasi tersebut, beliau memberi bayangan bekas pemain Real Madrid itu mungkin akan diturunkan dalam tiga perlawanan Piala Dunia dalam tempoh sembilan hari.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak risau dengan keadaan tersebut sambil memberitahu dia yakin pemain itu mahu menyumbang sesuatu buat pasukan Wales.

“Dia tidak berada pada tahap 100 peratus ketika ini. Adakah dia berbanyak minit seperti sepatutnya? Mungkin tidak.

“Tetapi, itu tidak merisaukan saya kerana dia membuktikan kemampuan setiap kali menyarung jersi Wales. Tidak kira berapa minit beraksi di peringkat domestik, dia sentiasa membuktikannya.

“Saya yakin dia akan memberi kesan kepada perlawanan secara langsung dan apabila pengurus lawan melihat namanya dalam senarai pemain, mereka tahu ancaman bakal dihadapi,” katanya.

Untuk rekod, Wales akan memulakan kempen Kumpulan B menentang AS pada 21 November diikuti pertarungan dengan Iran dan England.

Artikel Berkaitan: