Piala Liga: Arsenal tersungkur di Emirates

Welbeck antara penjaring gol buat Brighton ketika berkunjung ke Emirates dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Liga. - Foto Agensi
Welbeck antara penjaring gol buat Brighton ketika berkunjung ke Emirates dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Liga. - Foto Agensi
A
A
A

PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal yang menampilkan 10 perubahan ke atas skuad utama ditunjukkan jalan keluar Brighton, apabila tewas 1-3 dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Liga di Stadium Emirates.

Dengan hanya mengekalkan William Saliba ketika melakar kemenangan liga ke atas Chelsea di Stamford Bridge sebelum ini, tidak mengejutkan Arsenal bermula dengan perlahan untuk menyesuaikan diri, sebaliknya Brighton lebih agresif melakukan percubaan ke arah gawang tuan rumah.

Lebih malang skuad kendalian Mikel Arteta yang terlebih dulu mendahului perlawanan menerusi Eddie Nketiah pada minit ke-20, gagal menyaingi kebangkitan anak buah Roberto De Zerbi selepas itu.

Gol Nketiah, bekas pemain antarabangsa England Bawah 21 tahun itu juga merupakan jaringan ke-11 gol dalam 12 penampilan Piala Liga.

The Seagulls kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan penalti bekas pemain The Gunners, Danny Welbeck pada minit ke-27.

Babak kedua pelawat melebarkan jaringan menerusi pemain gantian Kaoru Mitoma yang meledak gol selepas 13 minit dimasukan bagi memimpin perlawanan pada minit ke-58, sebelum Tariq Lamptey mengesahkan kemaraan Brighton ke pusingan keempat.

Untuk rekod ini merupakan kekalahan pertama di tempat sendiri dalam 12 perlawanan untuk Arsenal, yang terakhir juga kepada Seagulls, yang kini hanya tewas sekali daripada lima kunjungan terakhir ke London.

Biarpun Arteta memasukan Gabriel Martinelli, Gabriel Magalhaes, Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko selepas jaringan Lamptey, namun sudah terlewat menafikan kemenangan Brighton.

Artikel Berkaitan:

PIALA LIGA

Pusingan Ketiga

Manchester City 2-0 Chelsea

Arsenal 1-3 Brighton & Hove

Liverpool 0-0 Derby (Liverpool menang penentuan sepakan penalti 3-2)

Nottingham Forest 2-0 Tottenham Hotspur

Newcastle United 0-0 Crystal Palace (Newcastle menang penentuan sepakan penalti 3-2)

West Ham United 2-2 Blackburn Rovers (Blackburn menang penentuan sepakan penalti 9-10)

Southampton 1-1 Sheffield Wednesday (Southampton menang penentuan sepakan penalti 4-3)

Wolves 1-0 Leeds United