Streram lancar manifesto saat akhir

Streram bersama penduduk dalam program pemeriksaan mata percuma di Kampung Siliau, hari ini.
Streram bersama penduduk dalam program pemeriksaan mata percuma di Kampung Siliau, hari ini.
A
A
A
SEREMBAN - Calon PH, Dr S Streram memilih saat-saat akhir untuk melancarkan manifestonya bagi PRK DUN Rantau.

Menurut Streram, ketika ini manifestonya masih dalam peringkat semakan dan akan dilancarkan sebelum tempoh kempen tamat.

"Manifesto ini mengandungi apa yang saya katakan sebelum ini merangkumi isu-isu tempatan. Apa yang hendak diberikan kepada rakyat dalam manifesto itulah yang saya perjuangkan sejak hari penamaan calon.

"Saya tidak turun ke Rantau untuk memberi mimpi atau janji kosong. Sebaliknya semua rakyat Rantau yang saya anggap sebagai keluarga ini memerlukan perubahan," katanya selepas program pemeriksaan mata percuma di Kampung Siliau di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, PH akan cuba memastikan seramai mungkin pengundi luar untuk balik mengundi pada Sabtu ini.

"Kami ada pasukan khas yang sedang berusaha ke arah itu. Kami mensasarkan 70 peratus pengundi luar akan pulang mengundi," katanya.

Streram juga menafikan beliau hanya bergantung kepada undi orang India memandangkan DUN Rantau memiliki pengundi India kelapan tertinggi.

"Semua pengundi di sini penting untuk saya. Kita nak fokus masalah rakyat dan saya calon untuk semua kaum," katanya.

Artikel Berkaitan: