Trafik sesak banjir kilat landa Klang

Laluan dari arah Klang menuju ke Banting berhampiran GM Klang dinaiki air ekoran hujan lebat pada Rabu.
Laluan dari arah Klang menuju ke Banting berhampiran GM Klang dinaiki air ekoran hujan lebat pada Rabu.
A
A
A

KLANG - [DIKEMAS KINI] Hujan lebat hampir beberapa jam mengakibatkan banjir kilat di jalan raya dari arah Klang berhampiran GM Klang di sini menuju ke Banting pada Rabu.

Tinjauan di media sosial mendapati banjir kilat kira-kira jam 6 petang itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas dari arah Hicom menuju ke Bandar Botanik.

Menerusi perkongsian tersebut kesesakan trafik turut melibatkan beberapa laluan antaranya Bandar Puteri, Jalan Langat, Jalan Kebun dan Jalan Johan Setia.

Bagaimanapun keadaan trafik kembali terkawal selepas air didapati surut sekitar jam 7 petang.

Laluan dari arah Klang menuju ke Banting berhampiran GM Klang dinaiki air ekoran hujan lebat pada Rabu.
Laluan dari arah Klang menuju ke Banting berhampiran GM Klang dinaiki air ekoran hujan lebat pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut.

"Difahamkan banjir kilat itu berlaku, namun tidak melibatkan sebarang kes kecemasan.

Artikel Berkaitan:

"Pemantauan dijalankan pihak bomba dari semasa ke semasa berikutan kejadian," katanya.

Dalam pada itu, beberapa pengguna akaun Twitter memuat naik perkongsian di laman sosial tersebut menunjukkan beberapa jalan tidak dapat dilalui akibat banjir selain terdapat juga rumah yang telah dimasuki air.