Pemandu e-hailing ditahan bakar bendera parti

Seorang pemandu e-hailing ditahan kerana disyaki membakar bendera sebuah parti politik di Taman Universiti, Skudai, di sini pada Rabu. - Gambar hiasan
Seorang pemandu e-hailing ditahan kerana disyaki membakar bendera sebuah parti politik di Taman Universiti, Skudai, di sini pada Rabu. - Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu e-hailing ditahan kerana disyaki membakar bendera sebuah parti politik di Taman Universiti, Skudai, di sini pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Fariz Ammar Abdullah berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan pada jam 12.10 tengah malam.

Suspek ditahan sejurus selepas bertindak membakar beberapa bendera parti politik menggunakan pemetik api.

"Siasatan awal mendapati, perbuatan suspek bermotifkan peribadi dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak lain," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu

Kata beliau, suspek direman selama tiga hari bermula Rabu oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.

"Polis telah merakamkan keterangan beberapa saksi yang ditemui di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan dikenakan denda sekiranya bersalah," katanya.

Polis menasihati orang ramai agar bersikap rasional dan tidak melakukan sebarang perbuatan menyalahi undang-undang khususnya dalam ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Artikel Berkaitan: