Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang MRT

Keadaan kereta mangsa selepas terlibat kemalangan di Jalan Reko, pada Rabu.
Keadaan kereta mangsa selepas terlibat kemalangan di Jalan Reko, pada Rabu.
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas dan melanggar tiang landasan Transit Aliran Massa (MRT) di Jalan Reko di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian pada jam 9.50 pagi, mangsa berusia 35 tahun memandu kereta jenis Hyundai Getz dari Jalan Reko menuju ke arah Bandar Kajang.

"Kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar tiang landasan MRT menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kemalangan itu berlaku.

Kita telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Feaisal Mokhtar di talian 012-9454655 atau balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: