Lima PPS dibuka, lima sungai berada di paras bahaya

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negara melibatkan tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Kelantan.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), setakat jam 8 pagi Rabu, jumlah keseluruhan mangsa terlibat sebanyak 113 orang dan 32 keluarga.

Di Johor, tiga PPS yang dibuka terletak di daerah Segamat masing-masing di Balai Raya Kampung Batu Badak, Balai Raya Kampung Kuala Paya dan Dewan Komuniti Tasek.

Satu PPS yang dibuka di Kelantan dan Pahang pula masing-masing terletak di Sekolah Kebangsaan Tok Deh di Pasir Mas dan Sekolah Menengah Agama Al Falah di Raub.

Dalam pada itu, tinjauan stesen oleh Jabatan Pengairan dan Saliran pula mendapati terdapat lima sungai di dalam negara berada pada paras bahaya iaitu di Sungai Pulai di Johor Bahru, Johor; Sungai Melaka di Alor Gajah, Melaka; Sungai Perlis di Kangar, Perlis; Sungai Batang Trusan di Sundar, Limbang, Sarawak dan Sungai Klang, Selangor.

Artikel Berkaitan: