BN Sabah tidak pernah restui tindakan PBRS tanding di Ranau

Bung Moktar ketika hadir pada program pentas perdana bersama calon BN Parlimen Sepanggar, Datuk Yakub Khan di Dewan Kampung Warisan, Inanam, Kota Kinabalu.
Bung Moktar ketika hadir pada program pentas perdana bersama calon BN Parlimen Sepanggar, Datuk Yakub Khan di Dewan Kampung Warisan, Inanam, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - BN Sabah menegaskan pendirian pihaknya yang tidak pernah merestui tindakan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bertanding di mana-mana kawasan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keadaan itu bertujuan mengelak berlakunya pertembungan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), namun ia tidak diendahkan.

"Pendirian kita sangat jelas, kita tidak membenarkan dan tidak merestui PBRS untuk bertanding di mana-mana kawasan sebab ini melanggar rundingan kita dengan GRS," katanya kepada pemberita selepas program pentas perdana bersama calon BN Parlimen Sepanggar, Datuk Yakub Khan di Dewan Kampung Warisan, Inanam di sini pada malam Selasa.

Beliau berkata demikian berhubung tindakan PBRS yang meletakkan calon, Datuk Ewon Ebin yang bertanding atas tiket PBRS di Parlimen Ranau, dalam masa sama calon GRS, Datuk Jonathan Yasin turut bertanding bagi mempertahankan kerusi miliknya itu.

Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh BN Sabah, Bung Moktar berkata, ia sukar ditentukan kerana calon berkenaan bertanding menggunakan logo partinya sendiri.

"Tindakan susahlah, sebab dia guna logo mereka sendiri tetapi tidak pernah pun berunding," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai manifesto BN Sabah, beliau memaklumkan bahawa akan ada pertambahan khas untuk Sabah yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Kita akan tambah, sudah hampir siap dan akan umum dalam minggu ini. Tidak banyak (tambahan), dua tiga perkara.

Artikel Berkaitan:

"Manifesto itu mesti datang daripada pemimpin Sabah, kita sudah rangka dan akan bentang nanti sebagai tambahan dalam konteks Sabah," katanya.