Dakwaan kerjasama dengan Zahid hanya propaganda: Anwar

Anwar ketika berucap dalam majlis Hi Tea Harapan di Restoran Cathay, Taman Molek pada Selasa.
Anwar ketika berucap dalam majlis Hi Tea Harapan di Restoran Cathay, Taman Molek pada Selasa.
A
A
A


JOHOR BAHRU - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan beliau akan kerjasama dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai satu propaganda.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menafikan dakwaan tersebut yang dimainkan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

"Ada orang kata jangan sokong Anwar Ibrahim, dia ini ejen Israel, kalau Anwar menang, DAP akan kawal dan DAP itu komunis, nanti perempuan boleh kahwin perempuan dan lelaki boleh kahwin lelaki. Itu sahaja yang mereka fikirkan, bukan untuk urus tadbir negeri.



"Sekarang, Mahathir, Muhyiddin dan Abdul Hadi berpakat dan kata Anwar sekarang sedang bincang dengan Zahid Hamidi, dia kata dulu punya perbualan telefon. Saya sendiri akan turun ke Bagan Datuk untuk serang Zahid Hamidi (kempen).

"Apa ni, bila ada saya bincang (dengan Ahmad Zahid). Sebaliknya saya, Anthony Loke dan Mohamad Sabu komited untuk tubuhkan pasukan terbaik, bekerja keras pagi dan malam berkempen untuk menang sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen bentuk kerajaan baharu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Hi Tea Harapan di Restoran Cathay, Taman Molek pada Selasa.

Turut hadir calon PH bagi kerusi Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan calon PH Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, beliau komited untuk bekerjasama dengan rakan komponen PH dalam mentadbir kerajaan pusat baharu selepas PRU15 nanti.

Anwar bersama-sama pimpinan PH sebelum berucap pada majlis Hi Tea Harapan di Restoran Cathay, Taman Molek pada Selasa.
Anwar bersama-sama pimpinan PH sebelum berucap pada majlis Hi Tea Harapan di Restoran Cathay, Taman Molek pada Selasa.

Artikel Berkaitan:


Dalam perkembangan lain, Anwar yang juga calon PH bagi kerusi Parlimen Tambun menggesa rakyat negara ini untuk tidak memberikan sokongan kepada golongan pengkhianat.

"Golongan pengkhianat ini, kita jangan bagi walau satu undi sekalipun, baik orang Cina, Melayu, India. Malu kalau sokong orang yang khianat, kepala pengkhianat ada di Gombak (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali)," ujarnya.

Sementara itu, Anwar mengakui beliau mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baharu dan mengubah sistem pentadbiran negara yang dilihat terlalu banyak amalan rasuah.

"Saya mahu PH menang dalam PRU15 ini, saya mahu tadbir kerajaan baharu untuk ubah sistem pentadbiran negara dan buktikan kita mampu jadi kerajaan lebih baik kepada rakyat.

"Jangan menilai tempoh 22 bulan PH mentadbir sebelum ini kerana pada masa itu siapa Perdana Menteri (Dr Mahathir). Ada beza antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim," ujar beliau.