Menglembu dilanda banjir kilat

Gambar tular memaparkan beberapa kenderaan sempat dialihkan sebelum kawasan dinaiki air. Kawasan sekitar Menglembu dilanda banjir kilat akibat hujan lebat. - Foto: Ihsan pembaca
Gambar tular memaparkan beberapa kenderaan sempat dialihkan sebelum kawasan dinaiki air. Kawasan sekitar Menglembu dilanda banjir kilat akibat hujan lebat. - Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Hujan lebat hampir dua jam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Menglembu dilanda banjir kilat pada Selasa.

Hujan yang bermula sekitar jam 2.30 petang akibat limpahan air Sungai Kledang berhampiran memaksa penduduk dan pengguna jalan raya berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Mohd Fadzeli Che Hussin berkata, sepasukan tiga anggota menaiki pacuan empat roda membuat pemantauan di lokasi kejadian.

"Kita tidak menerima sebarang panggilan membabitkan banjir namun berdasarkan video tular, kami terus menjalankan pemantauan.

"Kawasan terbabit dikenal pasti antara lokasi yang sering dinaiki air sekiranya berlaku hujan lebat. Pemantauan dilakukan sehingga banjir surut sepenuhnya pada jam 4.30 petang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, hasil pemantauan mendapati tiada kenderaan yang terkandas mahupun pemindahan penduduk dilakukan.

Artikel Berkaitan: