Kerajaan timbang cuti khas sebelum hari mengundi: PM

Ismail Sabri beramah mesra dan bergambar bersama penduduk Kampung Bohor Baru ketika hadir ke Kenduri Rakyat sempena kempen PRU15. - Foto Bernama
Ismail Sabri beramah mesra dan bergambar bersama penduduk Kampung Bohor Baru ketika hadir ke Kenduri Rakyat sempena kempen PRU15. - Foto Bernama
A
A
A

BERA - Cadangan pemberian cuti khas sebelum hari pengundian bagi memudahkan pergerakan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dipertimbangkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bercakap dalam sidang media selepas program Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baharu, Kuala Bera di sini pada Selasa, Ismail Sabri berkata, cadangan itu pernah dibincangkan selepas pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lepas.

"Kita tunggu sahaja jika ada pengumuman daripada saya (cuti khas)... kita akan kaji.

"Sejak mula bubar, kita dah bincang perkara ini, cuma timing itu... Insya-Allah, tunggulah apa pengumuman yang penting, yang mungkin banyak lagi," katanya.

Sebelum ini Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 18 November sebagai cuti umum khas untuk memudahkan pergerakan rakyat Malaysia ke lokasi mengundi pada 19 November ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, walaupun tarikh mengundi jatuh pada Sabtu, cuti umum tambahan sehari lebih awal itu wajar diberikan memandangkan ramai rakyat Malaysia tidak mengundi di lokasi mereka bekerja. - Bernama

Artikel Berkaitan: