Manifesto BN tak janji 'bulan bintang' - Mahdzir

Mahdzir - Foto Bernama.
Mahdzir - Foto Bernama.
A
A
A

PADANG TERAP - Manifesto yang dikeluarkan oleh BN kepada rakyat tidak menjanjikan bulan dan bintang namun dirangka berdasarkan kepada kemampuan urus tadbir dan kewangan negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, manifesto tersebut adalah realistik dan praktikal untuk dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, BN tidak mahu menjanjikan perkara bulan dan bintang seperti yang dilakukan oleh parti lawan pada PRU lalu sehingga sukar untuk dilaksanakan.

"Kita mengambil sikap bahawa apa yang hendak dipersembahkan kepada rakyat itu adalah secara menyeluruh dan tidak mahu menjanjikan ‘bulan dan bintang’.

"Pakatan Harapan pada 2018, bawa manifesto ‘bulan bintang’ kepada rakyat dan sekarang mereka mahu ulang semula ‘bulan’ itu kerana ‘bintang’ sudah tiada.

“Sekarang mereka hendak bawa turun sikit kepada ‘awan’ tetapi orang memang tidak mahu. Mereka sudah berjanji dengan rakyat tetapi tidak boleh laksanakan jadi sebab itu BN pergi ke arah yang praktikal dan tidak perlu merepek-repek,” katanya pada sidang akhbar pada Selasa.

Mahdzir (tengah) hadir pada Majlis Pekebun Kecil RISDA Makmur Daerah Padang Terap di Kampung Baru Padang Sanai, Kuala Nerang pada Selasa.
Mahdzir (tengah) hadir pada Majlis Pekebun Kecil RISDA Makmur Daerah Padang Terap di Kampung Baru Padang Sanai, Kuala Nerang pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan beberapa pihak bahawa manifesto BN yang dibentangkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin tidak relevan.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar hadir pada Majlis Pekebun Kecil RISDA Makmur Daerah Padang Terap di Kampung Baru Padang Sanai, Kuala Nerang.

Dalam pada itu, beliau berkata, agenda bagi menetapkan harga lantai getah sudah lama dibawa oleh BN dan perkara sama turut dibawa oleh parti politik lain.

"Rancangan ini sudah beberapa kali dibawa tetapi Parlimen dibubarkan pula, jadi selepas ini kalau diizinkan Allah, BN dapat membentuk kerajaan kita akan teruskan mencari formula untuk harga lantai getah.

"Selain harga getah, kami turut akan membincangkan bantuan musim tengkujuh kepada penoreh getah yang terkesan dengan cuaca yang tidak menentu," ujar

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!