Lelaki ditahan patahkan bendera BN

Lelaki yang ditahan polis kerana mematahkan bendera BN di Taman Senai Utama, Senai, Kulai pada Selasa.
Lelaki yang ditahan polis kerana mematahkan bendera BN di Taman Senai Utama, Senai, Kulai pada Selasa.
A
A
A

KULAI - Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai mematahkan bendera kempen BN di Taman Senai Utama, Senai di sini pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, anggota Balai Polis Senai menerima maklumat kejadian tersebut pada jam 12.15 tengah malam sebelum menahan suspek.

"Polis mendapat makluman terdapat seorang lelaki mabuk membuat provokasi dengan mematahkan bendera yang dipasang jentera kempen BN.

"Suspek yang berusia 58 tahun itu diberkas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam pda itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang kelakuan jenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Calon BN bagi kerusi Parlimen Kulai, Chua Jian Boon berkata, suspek turut bertindak memarahi jenteranya yang memasang bahan kempen tersebut.

"Jentera kempen bukan sahaja dimarah dan dihalang malah bendera yang telah dipasang turut ditanggalkan. Enggan terlibat dengan pertikaian tersebut, jentera kami berundur daripada kawasan berkenaan dan membuat laporan polis berhubung gangguan itu.

Artikel Berkaitan:

"Saya amat kesal dengan perbuatan kempen tidak sihat yang tidak sepatutnya berlaku pada masa kini," katanya ketika dihubungi.