Kemenangan Simpang Renggam jadi penanda aras BN

Hasni (dua dari kanan) ketika pelancaran Jentera BN Parlimen Simpang pada Isnin.
Hasni (dua dari kanan) ketika pelancaran Jentera BN Parlimen Simpang pada Isnin.
A
A
A

KLUANG - Kemenangan BN di kerusi Parlimen Simpang Renggam dianggap cukup penting kerana ia akan menjadi penanda aras kejayaan di 26 kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN dan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad berkata, kerusi Parlimen Simpang Renggam menjadi tumpuan semua pihak kerana adanya pemimpin tertinggi di negeri ini.

Katanya, pimpinan tertinggi tersebut ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan beliau yang juga calon BN di Parlimen Simpang Renggam.

"Kemenangan BN diperingkat Parlimen adalah pelengkap kepada hasrat BN untuk menerajui negeri secara keseluruhannya dan ia perlu bermula di Parlimen Simpang Renggam.

"Ini kerana kawasan ini akan menjadi rujukan dan pemangkin semangat bagi BN meneruskan agenda pembangunan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Jentera BN Parlimen Simpang pada Isnin.

Dalam pada itu, Hasni yakin dengan jentera dan 40 ADUN di Johor akan membantu gerak kerja BN di negeri dan memberi kemenangan kepada calon.

"Saya percaya bahawa 40 wakil rakyat BN yg menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan bekerja bersungguh-sungguh. Kita lihat bahawa jentera adalah penting dalam menghadapi PRU15 di semua 26 bahagian di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Semua jentera sudah melaksanakannya dengan penuh semangat dan ianya adalah penyumbang kepada kemenangan kepada calon BN," katanya.