PRU15: 128 permit ceramah diluluskan di Perak

Mohd Yusri
Mohd Yusri
A
A
A

IPOH - Polis Perak meluluskan 128 permit ceramah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di seluruh negeri ini pada Ahad.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sebanyak 130 permohonan diterima dan dua daripadanya ditolak atas faktor bukan untuk tujuan kempen parti yang bertanding.

"Sebanyak 123 ceramah telah diadakan di negeri ini namun 16 ceramah didapati berlangsung tanpa permit.

"Polis menerima dua laporan namun tiada tangkapan dan kertas siasatan dibuka setakat ini," katanya dalam kenyataannya di sini pada Isnin.

Menurutnya, semua penyokong parti politik dinasihatkan berkempen secara sopan dan berhemah.

"Jangan melakukan provokasi secara keterlaluan terhadap isu-isu sensitif seperti isu agama, perkauman dan institusi diraja.

"Ia boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan dan memudaratkan perpaduan," katanya.

Artikel Berkaitan: