Ekonomi, pendidikan jadi fokus Cikgu Zubir

Mohd Zubir (tiga dari kanan) bersama masyarakat di Kampung Cina sempena hari kedua kempen di Kuala Terengganu, pada Isnin.
Mohd Zubir (tiga dari kanan) bersama masyarakat di Kampung Cina sempena hari kedua kempen di Kuala Terengganu, pada Isnin.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sektor ekonomi dan pendidikan merupakan antara fokus utama yang akan diberi perhatian oleh calon BN di Parlimen Kuala Terengganu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Datuk Mohd Zubir Embong berkata, kedua-dua sektor itu perlu selari bagi melahirkan sebuah masyarakat yang stabil dan berdaya saing dalam segenap aspek selaras dengan pembangunan negara.

"Sektor ekonomi dan pendidikan perlu bergerak selari bagi melahirkan sebuah masyarakat yang stabil.

"Apabila rakyat stabil, mudah untuk ekonomi berkembang baik. Kita sudah tidak berupaya untuk berdepan dengan kemerosotan ekonomi.

"Di Kuala Terengganu sendiri sektor ekonomi agak 'malap'. Tanya pada sesiapa sahaja terutama peniaga mereka akan akui perkara itu. Semua terkesan. Rakyat susah kerana ekonomi negara merosot," katanya ketika ditemui pemberita pada program walkabout di Kampung Cina, di sini, pada Isnin.

Mohd Zubir memberitahu, sekiranya tiada stategi atau kaedah untuk mengatasi kemerosotan ekonomi negara, situasi dijangka lebih parah pada tahun depan.

"Keutamaan yang penting sekarang ialah rakyat mesti stabil. Kalau kita tak ada satu strategi atau kaedah mengatasi keadaan ini, tahun depan 'we are going to loose' terutama yang tinggal jauh dari Kuala Lumpur.

"Pengalaman BN memerintah negara cukup lama dan kita tahu sepanjang pemerintahan parti lain keadaan haru-biru," kata bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu itu.

Artikel Berkaitan:

Parlimen Kuala Terengganu bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru dalam PRU15 kali ini.

Mohd Zubir bakal berdepan tiga lagi pencabar iaitu Datuk Ahmad Amzad Hashim dari Pas, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PH) serta Mohamad Abu Bakar Muda dari Parti Pejuang Tanah Air (GTA-Pejuang).