Dua individu ditahan rosakkan poster, bakar bendera parti

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Dua individu ditahan di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, Kedah dan Triang, Pahang kerana disyaki merosakkan bahan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pada Ahad.

Pengarah Operasi PRU15 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), Seksyen 427 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Orang Kena Tahan (OKT) di Kedah telah membakar bendera dan menoreh khemah parti Perikatan Nasional menggunakan senjata tajam.

"Manakala di Pahang, OKT merosakkan papan tanda dan poster Pakatan Harapan di lampu isyarat, dekat simpang masuk ke Bandar Triang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, dua individu ditahan dan tiga kertas siasatan dibuka berhubung kesalahan dilakukan semasa hari kedua tempoh berkempen bagi PRU15 di seluruh negara.

Tiga kertas siasatan berkenaan dibuka dibuka membabitkan pelbagai kesalahan masing-masing satu di Kedah, Kuala Lumpur, dan Pahang.

Artikel Berkaitan: